w3

w3
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog Masjid Jamek Dato' Bandar Haji Ahmad, Rasah, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di alamat emel ; masjidjdbharasah@gmail.com

C A R I A N

KHATIB JUMAAT BERTUGASKHATIB JUMAAT JEMPUTANKULIAH MAGHRIB - SIRAH KULIAH MAGHRIB - TASAWWUF MAJLIS ZIKIR & TAZKIRAH BULANAN KULIAH MAGHRIB - TAJWID AL-QUR'AN KULIAH MAGHRIB - HADIS KULIAH SUBUH - 'AQIDAH KULIAH MAGHRIB - HADIS KULIAH MAGHRIB - FEQAH KULIAH MAGHRIB - TAFSIR AL-QUR'AN KULIAH MAGHRIB BULANAN - UMUM KULIAH MAGHRIB - TASAWWUF KULIAH DHUHA - FEQAH KULIAH DHUHA - AQIDAH KULIAH DHUHA - TASAWWUF

Sejarah

Tidak dapat diketahui dengan tepat bila dan siapa yang meneroka Kg. Rasah, Seremban. Walau bagaimana pun terdapat sedikit fakta sejarah yang boleh diguna pakai untuk dijadikan bukti.

Seremban dan Rasah adalah dua daerah yang kaya dengan bijih timah. Pemerintah Inggeris pada masa itu menggunakan laluan air (Sungai Linggi) untuk mengangkut bijih dengan menggunakan tongkang dan kapal kecil. Pentadbir Inggeris telah melantik Allahyarham Hj. Ahmad bin Hj. Ali sebagai Dato’ Shahbandar Sungai Ujong untuk mengawasi dan memantau serta mengendalikan pungutan cukai ke atas kapal-kapal yang membawa bijih. Sehubungan dengan itu juga sebuah pangkalan telah didirikan di tebing sungai yang berhampiran dengan Kg. Rasah itu.

Tahun 1850an,bermulalah pembukaan penempatan baru secara aktif. Allahyarham Hj. Ahmad bin Hj. Ali telah membina rumah di atas sebidang tanah dan beberapa rumah lagi telah dibina di kawasan yang berhampiran. Tidak lama kemudian beliau telah mendirikan sebuah masjid daripada batu-bata dan beratapkan genting yang boleh menampung seramai 50-60 orang jemaah. Masjid ini dinamakan Masjid Jamek Dato’ Bandar Hj. Ahmad, Rasah. Allahyarham meninggal dunia pada tahun 1348 (H) bersamaan 1927 dan telah dikebumikan berhampiran dengan masjid. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan