w3

w3
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog Masjid Jamek Dato' Bandar Haji Ahmad, Rasah, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di alamat emel ; masjidjdbharasah@gmail.com

C A R I A N

KHATIB JUMAAT BERTUGASKHATIB JUMAAT JEMPUTANKULIAH MAGHRIB - SIRAH KULIAH MAGHRIB - TASAWWUF MAJLIS ZIKIR & TAZKIRAH BULANAN KULIAH MAGHRIB - TAJWID AL-QUR'AN KULIAH MAGHRIB - HADIS KULIAH SUBUH - 'AQIDAH KULIAH MAGHRIB - HADIS KULIAH MAGHRIB - FEQAH KULIAH MAGHRIB - TAFSIR AL-QUR'AN KULIAH MAGHRIB BULANAN - UMUM KULIAH MAGHRIB - TASAWWUF KULIAH DHUHA - FEQAH KULIAH DHUHA - AQIDAH KULIAH DHUHA - TASAWWUF

Rabu, 30 September 2015

KULIAH BULAN OKTOBER 2015


AHAD, 4/10/2015 & 18/10/2015
*(Setiap Ahad minggu ke-1 & ke-3)
*(Lepas Solat Subuh)
*Kuliah Aqidah ( Kitab Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah)
*Oleh Ustaz Abu Huzaifah bin Arif Khan

RABU, 7/10/2015
(Lepas Solat Maghrib)
(Setiap Rabu awal bulan)
*Majlis Zikir dan Tazkirah bulanan
*Oleh Dato' Sheikh Haji Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad
-Mantan Mufti Kerajaan N.Sembilan
-Penasihat Masjid Jamek Dato' Bandar Haji Ahmad, Rasah

JUMAAT, 9/10/2015 & 16/10/2015
(Kuliah Sebelum Jumaat)
(Jumaat minggu ke-2 & ke-3)
*Bermula jam 12:30 tengah hari
*Oleh Dato' Sheikh Haji Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad
-Mantan Mufti Kerajaan N.Sembilan
-Penasihat Masjid Jamek Dato' Bandar Haji Ahmad, Rasah

JUMAAT, 2/10/2015  & 16/10/2015
(Lepas Solat Maghrib)
( Setiap Jumaat minggu ke-1 & ke-3)
*Kuliah Tajwid Al-Qur'an
*Oleh Ustaz Najib Nubhan bin Haji Khairudin Al-Hafiz
-Imam Masjid Sikamat

ISNIN, 12/10/2015  & 26/10/2015
(Lepas Solat Maghrib)
( Setiap Isnin minggu ke-2 dan ke-4)
*Kuliah Hadis (Kitab Hadis 40)
*Oleh Ustaz Muhamad Rafie bin Mohamad Rejab
-Imam Masjid Taman Marida, Senawang

RABU, 14/10/2015 & 28/10/2015
(lepas Solat Maghrib)
( Setiap Rabu minggu ke-2 dan ke-4)
*Kuliah Fiqh (Kitab Ensiklopedia Solat)
*Oleh Ustaz Syafrudin bin Umar
-Imam Masjid Jamek Dato' Bandar Haji Ahmad, Rasah

JUMAAT, 9/10/2015 & 23/10/2015
(Lepas Solat Maghrib)
(Setiap Jumaat minggu ke-2 dan ke-4)
*Kuliah Tafsir Al-Qur'an (Kitab Tafsir Al-Munir)
*Oleh Ustaz Mohd Hapizi bin Mohamad Ali
-Ketua Unit Operasi Dakwah Sektor Pendidikan Islam JPNS

ISNIN, 19/10/2015
(Lepas Solat Maghrib)
(Setiap Isnin minggu ke-3)[Bulanan]
*Kuliah Adab (Umum)
*Oleh Kapt Ust Mohd Na'im bin Hj Ahmad Al-Hafiz
-Pensyarah Institut Latihan Dan Kefahaman Islam ATM

((Baru)) RABU, 21/10/2015
(Lepas Solat Maghrib)
(Setiap Rabu minggu ke-3) [Bulanan]
*Kuliah Sirah  
*Ustaz Haji Affandy bin Mat Nor

-Pen. Pengarah Operasi B.Arab, Sektor Pendidikan Islam, Jab. Pendidikan Negeri Sembilan

Ahad, 20 September 2015

WAKTU SOLAT HARI RAYA ADHA 1436H

Pihak masjid ingin memaklumkan bahawa pada Hari Raya Adha ,
Khamis -24 September 2015M bersamaan 10 Zulhijjah 1436H ; Solat Sunat Idul Adha akan bermula pada jam 8:30 pagi bagi yang berhajat untuk berjemaah bersama di masjid ini.


Sabtu, 19 September 2015

SENARAI NAMA PESERTA KORBAN 2015

LEMBU PERTAMA

DSU.HJ. BADARUDIN B. HJ. KHALID


LEMBU KE-2

1.Hj.Mohd Yasin B. Shamsudin
2.Hjh.Fatimah Bt. Abu Samah
3.Syarifah Rogayah Bt. Syed Ibrahim
4. Hj. Mohd Kamal B. Mohd Hanipah
5. Hjh. Yatimah Bt. Sheikh Ahmad
6. Esah Bt. Abd. Rahman
7. Siti Bt. Aman.


LEMBU KE-3

1.Hj.Abu Hanifah B. Hj. Mohd Kamal
2.Hj. Ab. Satar B. Mohd Hanipah
3.Hjh.Zaleha Bt. Ibrahim
4. Kamalul Rahman B. Ibrahim
5. Sri Irianti Dewi Bt. Soejoto
6. Halimah Bt. Sujak
7. Izmir B. Darisin


LEMBU KE-4

1.Badariah Bt. Hj.Abd.Razak
2.Jameyah Bt. Hj.Abd.Razak
3. Zahariah Bt. Hj.Abd.Razak
4. Hj.Ab.Latif B. Othman
5. Siti Aishah Bt. Shamsudin
6. Mohd Khaidir B. Abd. Rahman
7. Zaiton Bt. Sheikh Ahmad


LEMBU KE-5

1.Hjh. Hasnah Bt. Darus
2.Syuhada Jasmin Bt. Uttaman
3. Hj. Ahmad B. Adjmain
4. Hjh. Hasmah Bt. Hj.Ali
5. Fatina Diba Bt. Hj. Ahmad
6. Dania Nur Iman Bt. Roslan
7. Hj. Mohd Yassin B. Maan


LEMBU KE-6

1.Amrah Bt. Sheikh Kadir
2.Siti Maznah Bt. Sheikh Abd. Hamid
3.Mihdzar B. Sheikh Kadir
4. Mohd Rizal B. Mohd Ali
5. Fathin Soraya Bt. Hashim
6. Hendon Bt. Yapis
7. Norarifah Bt. Abdullah


LEMBU KE-7

1. Hj. Suratman B. Sulaiman
2. Mohamed Yusof B. Mohamed Maideen
3. Mehraj Begum Bt. Ibrahim
4. Mohd Jain B. Mohamed Yusof
5. Hj.Malek B. Daud
6. Iyam Bt. Salleh
7. Mohd Zakuan B. Mohd Yusuf


Isnin, 14 September 2015

PERIGI MASJID




LOKASINYA yang terletak bersebelahan bulatan Jalan Rasah menjadikan Masjid Jamek Datuk Bandar Ahmad, Seremban, Negeri Sembilan sebagai pilihan orang ramai untuk singgah menunaikan ibadat. 
Dibina di atas tanah wakaf berkeluasan dua hektar pada tahun 1875 sekali gus menjadikan masjid di Kampung Rasah itu antara yang tertua di daerah Seremban. 
Selain lokasinya yang unik di tengah-tengah laluan jalan raya, masjid itu turut mendapat perhatian orang ramai termasuk dari negeri lain kerana sejak dibina air periginya tidak pernah kering.
Rata-rata pengunjung mempercayai air perigi itu mempunyai pelbagai kelebihan termasuk menyembuhkan penyakit.
Turut ditempatkan di masjid itu ialah Makam Datuk Syahbandar Hj. Ahmad Hj. Ali yang merupakan pengasas masjid berkenaan.
Pada awal pembinaannya, Majid Jamek Datuk Bandar Ahmad hanya menempatkan seramai 60 jemaah, namun kini jumlahnya mencecah sehingga 1,300 orang selepas menjalani beberapa proses pengubahsuaian.
Pelbagai aktiviti bagi program mengimarah masjid dilakukan hampir setiap bulan dan ianya berganda di sepanjang bulan Ramadan saban tahun.
Antara program yang dijadual tahun ini ialah jamuan berbuka puasa yang diadakan setiap hari. Lebih 70 orang yang terdiri daripada pelajar kolej perubatan dan Universiti Teknologi MARA dijangka memeriahkan program ini.
Ia kemudian diikuti dengan solat tarawih yang diimamkan oleh Ustaz Syafrudin Umar dan Mohd. Yassin Shamsuddin, tadarus al-Quran dan qiamullail. 
Pada Ramadan kali ini, seramai 20 pelajar bersama dua guru dari Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah, Senawang akan bermalam di masjid berkenaan bagi mengadakan program Iktikaf Sahur selama lima hari empat malam, bermula 19 Julai depan.
Program penghayatan Ramadan dengan pengisian ceramah agama turut diadakan setiap tahun.
Selain pengisian berbentuk rohani, pihak pengurusan Masjid Jamek Datuk Bandar Ahmad tidak pernah melupakan mereka yang tidak bernasib baik.
Penyampaian sumbangan berbentuk wang tunai akan diberikan kepada 150 individu yang layak terdiri daripada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan mualaf.

 INFO; Akhbar Kosmo

SEJARAH RINGKAS




SEJARAH RINGKAS MASJID JAMEK DATO' BANDAR HAJI AHMAD, RASAH


Tidak dapat diketahui dengan tepat bila dan siapa yang meneroka Kg. Rasah, Seremban. Walau bagaimana pun terdapat sedikit fakta sejarah yang boleh diguna pakai untuk dijadikan bukti.

Seremban dan Rasah adalah dua daerah yang kaya dengan bijih timah. Pemerintah Inggeris pada masa itu menggunakan laluan air (Sungai Linggi) untuk mengangkut bijih dengan menggunakan tongkang dan kapal kecil. Pentadbir Inggeris telah melantik Allahyarham Hj. Ahmad bin Hj. Ali sebagai Dato’ Shahbandar Sungai Ujong untuk mengawasi dan memantau serta mengendalikan pungutan cukai ke atas kapal-kapal yang membawa bijih. Sehubungan dengan itu juga sebuah pangkalan telah didirikan di tebing sungai yang berhampiran dengan Kg. Rasah itu.

Tahun 1850an,bermulalah pembukaan penempatan baru secara aktif. Allahyarham Hj. Ahmad bin Hj. Ali telah membina rumah di atas sebidang tanah dan beberapa rumah lagi telah dibina di kawsan yang berhampiran. Tidak lama kemudian beliau telah mendirikan sebuah masjid daripada batu-bata dan beratapkan genting yang boleh menampung seramai 50-60 orang jemaah. Masjid ini dinamakan Masjid Jamek Dato’ Bandar Hj. Ahmad, Rasah. Allahyarham meninggal dunia pada tahun 1348 (H) bersamaan 1927 dan telah dikebumikan berhampiran dengan masjid. 




RASAH
Rasah merupakan sebuah bandar yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak 3 kilometer dari pusat bandar Seremban. Rasah merupakan kawasan perlombongan bijih timah pada abad ke-18. Sebelum itu, Rasah pada asalnya merupakan sebuah perkampungan tradisional dan berkembang menjadi kawasan ekonomi penting ketika abad ke-18. Ia menjadi perhentian penting bagi laluan perdagangan bijih timah melalui Sungai Linggi yang menghubungkan Sungai Ujong hingga ke Kuala Linggi.

Kawasan Rasah kini adalah Bandar Rasah, Kampung Baru Bukit Chedang, Taman Bukit Chedang, Kampung Dato' Mansor, Kampung Pasir, Kampung Rasah, Kampung Chedang, Taman Mok Sum, Kampung Pondok, Taman Rasah, Rasah Jaya, Seremban 3 dan Jalan Loop.

Rasah telah mengalami perubahan insfrastruktur dengan terbinanya Lingkaran Tengah Seremban yang melalui jalan utama Rasah. Ia juga telah mengurangkan kesesakan trafik yang berlaku sejak tahun 1997 akibat pertambahan kenderaan kerana berlaku pertambahan penduduk sekitar Rasah.


KEMUDAHAN
Rasah juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan penting seperti Hospital Tuanku Jaafar, Pusat Kesihatan Seremban, Pusat Hemodialisis Mawar. Bank-bank utama turut beroperasi di Rasah seperti Hong Leong Bank, Public Bank, Maybank, AmBank dan Bank Simpanan Nasional.

Masjid Jamek Rasah merupakan antara masjid tertua di daerah Seremban turut menempatkan Makam Datuk Syahbandar di dalam kawasan masjid tersebut.

Laluan keretapi Seremban-Port Dickson turut melalui Rasah. Namun kini ianya sudah tidak beroperasi.


Salam Perkenalan


Blog MASJID JAMEK DATO' BANDAR HAJI AHMAD, RASAH
 diwujudkan sebagai satu wadah memudahkan perhubungan dan maklumat disampaikan kepada masyarakat di samping satu medan penyampaian dakwah masa kini. Ianya juga dapat dijadikan sebagai satu dokumentasi.

Perkongsian sejarah masjid ini juga dapat diketengahkan.
Blog secara rasmi mula pada Awal September 2015 bersamaan Zulkaedah 1436H.