w3

w3
**SELAMAT DATANG Ke Laman Blog Masjid Jamek Dato' Bandar Haji Ahmad, Rasah, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus - Sebarang pertanyaan boleh berhubung di alamat emel ; masjidjdbharasah@gmail.com

C A R I A N

KHATIB JUMAAT BERTUGASKHATIB JUMAAT JEMPUTANKULIAH MAGHRIB - SIRAH KULIAH MAGHRIB - TASAWWUF MAJLIS ZIKIR & TAZKIRAH BULANAN KULIAH MAGHRIB - TAJWID AL-QUR'AN KULIAH MAGHRIB - HADIS KULIAH SUBUH - 'AQIDAH KULIAH MAGHRIB - HADIS KULIAH MAGHRIB - FEQAH KULIAH MAGHRIB - TAFSIR AL-QUR'AN KULIAH MAGHRIB BULANAN - UMUM KULIAH MAGHRIB - TASAWWUF KULIAH DHUHA - FEQAH KULIAH DHUHA - AQIDAH KULIAH DHUHA - TASAWWUF

Isnin, 14 September 2015

SEJARAH RINGKAS




SEJARAH RINGKAS MASJID JAMEK DATO' BANDAR HAJI AHMAD, RASAH


Tidak dapat diketahui dengan tepat bila dan siapa yang meneroka Kg. Rasah, Seremban. Walau bagaimana pun terdapat sedikit fakta sejarah yang boleh diguna pakai untuk dijadikan bukti.

Seremban dan Rasah adalah dua daerah yang kaya dengan bijih timah. Pemerintah Inggeris pada masa itu menggunakan laluan air (Sungai Linggi) untuk mengangkut bijih dengan menggunakan tongkang dan kapal kecil. Pentadbir Inggeris telah melantik Allahyarham Hj. Ahmad bin Hj. Ali sebagai Dato’ Shahbandar Sungai Ujong untuk mengawasi dan memantau serta mengendalikan pungutan cukai ke atas kapal-kapal yang membawa bijih. Sehubungan dengan itu juga sebuah pangkalan telah didirikan di tebing sungai yang berhampiran dengan Kg. Rasah itu.

Tahun 1850an,bermulalah pembukaan penempatan baru secara aktif. Allahyarham Hj. Ahmad bin Hj. Ali telah membina rumah di atas sebidang tanah dan beberapa rumah lagi telah dibina di kawsan yang berhampiran. Tidak lama kemudian beliau telah mendirikan sebuah masjid daripada batu-bata dan beratapkan genting yang boleh menampung seramai 50-60 orang jemaah. Masjid ini dinamakan Masjid Jamek Dato’ Bandar Hj. Ahmad, Rasah. Allahyarham meninggal dunia pada tahun 1348 (H) bersamaan 1927 dan telah dikebumikan berhampiran dengan masjid. 




RASAH
Rasah merupakan sebuah bandar yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak 3 kilometer dari pusat bandar Seremban. Rasah merupakan kawasan perlombongan bijih timah pada abad ke-18. Sebelum itu, Rasah pada asalnya merupakan sebuah perkampungan tradisional dan berkembang menjadi kawasan ekonomi penting ketika abad ke-18. Ia menjadi perhentian penting bagi laluan perdagangan bijih timah melalui Sungai Linggi yang menghubungkan Sungai Ujong hingga ke Kuala Linggi.

Kawasan Rasah kini adalah Bandar Rasah, Kampung Baru Bukit Chedang, Taman Bukit Chedang, Kampung Dato' Mansor, Kampung Pasir, Kampung Rasah, Kampung Chedang, Taman Mok Sum, Kampung Pondok, Taman Rasah, Rasah Jaya, Seremban 3 dan Jalan Loop.

Rasah telah mengalami perubahan insfrastruktur dengan terbinanya Lingkaran Tengah Seremban yang melalui jalan utama Rasah. Ia juga telah mengurangkan kesesakan trafik yang berlaku sejak tahun 1997 akibat pertambahan kenderaan kerana berlaku pertambahan penduduk sekitar Rasah.


KEMUDAHAN
Rasah juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan penting seperti Hospital Tuanku Jaafar, Pusat Kesihatan Seremban, Pusat Hemodialisis Mawar. Bank-bank utama turut beroperasi di Rasah seperti Hong Leong Bank, Public Bank, Maybank, AmBank dan Bank Simpanan Nasional.

Masjid Jamek Rasah merupakan antara masjid tertua di daerah Seremban turut menempatkan Makam Datuk Syahbandar di dalam kawasan masjid tersebut.

Laluan keretapi Seremban-Port Dickson turut melalui Rasah. Namun kini ianya sudah tidak beroperasi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan